Senarai Pembelian
  Laman Utama
  Mengenai Kami
  Produk
  Perkhidmatan
  Hubungi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Proses Pemerahan
 
Membersihkan Puting Susu
Pemeriksaan Fizikal Susu
Pemasangan Cup Pemerah Susu
Pempasteuran
Pembotolan
Produk Siap
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
  UK Farming Sdn Bhd
  Produk
 
• Kambing   • Susu Kambing
• Ais Krim Susu Kambing   • Produk Kulit Kambing
• Makanan Haiwan   • Ubat Veterinar
• Baja Tinja Kambing  
• Kosmetik & Toiletries    
  UK Farming Sdn Bhd
  UK Agrotourism Sdn Bhd
  Superficient Marketing
Sdn Bhd
 
   Kambing
 

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga diketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan bakanya dibawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini dipanggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk dibawa masuk ke Indonesia, dibiak dan diedar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas
Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien dimana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal
Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran disebabkan secara semulajadinya ianya diternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan Malaysia

Penternakan Jamnapari
Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu, keperluan seperti air dan kebersihan kandang adalah amat penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang digunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit digunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu disapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu diasingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk dibiakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing selama 2 - 3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing menjadi miang.

Pembinaan Kandang
Adalah dicadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, dibina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan semasa pengawasan dijalankan.

Pelan pembinaan kandang ( 40'x 100' )

 
 
 
   Susu Kambing
 
 

Susu kambing segar UK Farming

"Susu kambing, anugerah daripada alam... "

UK Farming adalah sebuah ladang ternakan kambing yang mempunyai 1,500 ekor kambing Jamnapari, mengeluarkan susu kambing untuk tujuan komersil. Ladang ini menggunakan kaedah pemerahan berteknologi tinggi dan kaedah pembotolan yang bersih bagi menghasilkan susu kambing yang segar dan berkualiti tinggi terus kepada pengguna.

Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.

 
Susu kambing asli dari baka Jamnapari.
Tanpa bahan pengawet dan segar dari ladang.
Telah menjalani proses pempasteuran dan homogenasi.
Diproses menggunakan teknologi pemprosesan susu terkini.
Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil.
Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A
Dipercayai mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing mampu membantu mengatasi:
  - Demam Kuning
- Eczema (Penyakit Kulit)
- Gastrik
- Asma (Lelah)
- Insomnia
- Ulcer
- Hepatitis A
- Menambahkan selera makan (kanak-kanak)
- Blue Babies (Kecacatan Jantung Bayi)
- Sakit Jantung (peringkat awal)
- Penyakit Buah Pinggang
- Memulihkan tenaga batin
- Perawatan kulit (Ultraviolet)
Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil

Comparing Milk: Human, Cow, Goat & Commercial Infant Formula
Nutritive comparisons of milks based on the needs of 0-6 month old infants. *
VITAMIN
HUMAN
COW
GOAT
FORMULA *
DEFICIENCIES **
A 64 53 56 65 ug/100g -
D 0.03 0.03 0.03 0.06 ug/100g All Lo, except F
C 5.0 1.0 1.3 6.1 mg/100g C+G very low
E 0.3 0.7 0.7 0.3 ug/100g -
B1 (thiamin) 140 400 480 68 ug/100g -
B2 (riboflavin) 36 162 138 101 ug/100g -
Pantothenic acid 200 300 300 304 ug/100g -
Biotin 0.8 2.0 2.0 3.0 ug/100g all OK
Nicotinic acid (niacin) 200 100 200 710 ug/100g F OK, all other LO, particularly C
Folic Acid 5.2 5.0 1.0 10 ug/100g F OK, others LO, particularly G
Vitamin B12 0.3 0.4 0.1 0.2 ug/100g All LO, particularly G
Vitamin B6 11 42 46 41 ug/100g -
Vitamin K - - - - -
 
* ug/100g = microgram/100g milk
** Human milk is not considered deficient in any nutrients, but is considered the standard for infant feeding.
 
   Pemerahan Susu
 

Melalui sumber teknologi terkini, kami menghasilkan Susu Kambing UK dengan kualiti yang terbaik. Syarikat kami telah dianugerahkan Sijil Pengesahan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pada kebiasaanya kami menjalankan proses pemerahan susu sekali sahaja dalam sehari. Mesin pemerah susu hanya dapat menampung 8 ekor kambing untuk satu sesi pemerahan dan satu sesi memakan masa 10 hingga 15 minit. Terdapat sistem paip, penapis, sejukbeku dan saluran yang menghubungkan kambing dan tangki simpanan.

   
Selepas itu pembotolan dijalankan sebelum disimpan di dalam peti sejuk bersuhu 4°C. Di sini kami menjual susu pada hari yang sama susu itu diproses dari kambing.
 
UK susu kambing telah dianugerah sijil HACCP Certification, iaitu sijil kebersihan dan makanan keselamatan standard antarabangsa yang diberikan oleh Moody International Certification Sdn Bhd.
 
  Pesanan dan Penghantaran Susu
 
Susu kambing segar UK Farming adalah dijual secara segar melalui pembelian terus di ladang atau melalui tempahan. Kami juga mengadakan servis penghantaran susu terus ke rumah anda dengan caj penghantaran yang minima. Tempahan dengan penghantaran yang dilakukan perlulah pada kadar minimum 10 liter dan ke atas. Harga adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

Botol 1 liter susu kambing : RM 20.00 *
Botol 300 ml susu kambing : RM 7.00 *
* Harga Promosi ini adalah harga untuk pembelian terus dari ladang kita di Yong Peng sahaja

Mereka yang membeli terus dari ladang boleh mendapat harga istimewa atau kotak sejukbeku percuma. Anda boleh juga mendapatkan harga istimewa dengan mengembalikan kotak sejukbeku anda kepada kami.

Untuk penempahan dan keterangan lanjut. Sila hubungi kami.

 
 
  Ais Krim Susu Kambing
 
UK ais krim susu kambing adalah ais krim pertama di Malaysia yang diperbuat daripada tulen susu kambing yang segar.
   
UK ais krim susu kambing sangat sedap dan lazat. Ia terdiri daripada tujuh pilihan, iaitu rasa asal dengan susu kelapa, Kacang Merah, Jagung, Keladi , Durian, Cempedak, and Cendol.
 
UK ais krim susu kambing ada dijual di ladang kami atau agensi di bandar utama Malaysia.
 
UK ais krim susu kambing dijual dengan harga RM2.00 sebatang.
 
 
  Produk Kulit Kambing
 
Produk kulit kambing kami terdiri daripada beberapa jenis, iaitu rantai kunci, topi, bag, jaket and lain-lain lagi.
 
 
  Makanan Haiwan
 
kami membekal pelbagai jenis makanan haiwan kepada peladang. Makanan haiwan adalah seperti goat pellets UK6631, soya bean hull 1620, fine corn meal, soya bean meal, KNZ salt-lick block, Lactose-based high energy supplement, milk powder, Lactamix vitamins & minerals premix , Iron oral solution dll.
 
 
   Ubat Veterinar
 
Kami membekal ubat veterinar kepada peladang dengan harga yang bersaingan. Produk adalah seperti Vitamins Injectable, Zoosamex Aerosol, Terramycin Pinkeye, Terramycin injectable LA, Iodine, Opticlox, Ivermectin Powder, Baytril 0.5%, Baytril 5%, Ivomec (ivermectin injectable), Biocidal Disinfectant, Viral Disinfectant, dll.
 
 
   Baja Tinja Kambing
 
Baja tinja kambing adalah baja organik yang banyak tuntutan dalam masa kini.
   
Baja tinja kambing adalah murah dalam harga tetapi berkesan dalam penghasilan.
   
Baja tinja kambing mesti dicampur dengan (EM) kerana ianya akan dapat mengurangkan bau tahi dan juga dapat menambah keberkesanannya.
   
Baja tinja kambing dijual dengan harga RM4.50/bag (lebih kurang 20kg)
 
 
   Peralatan ladang & aksessori
 
Kami membekal alat-alatan ladang dan mesin kepada peladang dengan harga yang sangat berpatutan. Produk kami terdiri daripada rumput pisau , telinga label , picagari jarum , puting susu peminum , topeng , sarung tangan , pemotong kuku dan dll.
 
 
   Kosmetik & Toiletries
 
UK Kosmetik & Toiletries baru memperkenalkan produk kecantikan susu kambing. Ia terdiri daripada syampu, mandian badan, pencuci tangan, pelembab tangan dan badan.
   
UK Kosmetik & Toiletries membolehkan kulit menjadi licin dan rambut berkilat selepas mengunakannya. Ia adalah produk ideal rumahtangga untuk anda dan keluarga anda.
   
UK Kosmetik & Toiletries dijual degan harga yang berpatutan dan ianya hanya terdapat di ladang kami atau agensi kami sahaja.