Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir
kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan
kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi
dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik
yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan
susu ibu.
Syarikat ini merupakan penternak dan pengimport kambing
baka Jamnapari daripada Indonesia.
Syarikat ini merupakan peneraju baru dalam industri
penternakan negara dan misi utama syarikat adalah untuk
menjadi peneraju utama dalam industri kambing baka di
Malaysia.
Syarikat kami telah dianugerahkan tempat pertama bagi
usahawan ternak kategori ruminan kecil daripada Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani pada Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2005. |