Senarai Pembelian
  Laman Utama
  Mengenai Kami
  Resort
  Hubungi
 
  UK Agrotourism Sdn Bhd
   
   
 

UK Agrotourism Sdn Bhd (UK Agro) telah ditubuhkan pada 30-10-2008 dan beroperasi di atas tapak PLOT 8, Projek Pertanian Moden Kluang, Air Hitam Johor.

UK Agro telah meletakkan impian untuk menjadi perintis di dalam industri pelancongan berasaskan pertanian dan penternakan sebagai salah satu visi penting syarikat. Ladang UK Agro yang terletak 6.8km dari jalan raya utama telah mengamalkan sistem bebas pencemaran dan melarang sebarang jenis kenderaan bermotor di dalam kawasan pelancongannya. Syarikat telah menyediakan kuda dan kereta kuda serta basikal untuk kegunaan para pengunjung. Pemandangan yang mendamaikan dan tenang amat sesuai untuk berehat samada individu, keluarga, persatuan, sekolah atau jabatan, sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Pelbagai kemudahan seperti kaunter informasi, khidmat pemandu pelancong, restoran, chalet penginapan pelbagai pilihan, wakaf, surau, laluan pejalan kaki berbumbung pokok markisa, tasik rekreasi, kolam ikan, zoo mini, kebun buah-buahan, taman sayuran organik, hutan simpan mini, pertunjukkan haiwan, kilang ais krim dan jus markisa mini, kawasan riadah dan sebagainya, menjadikan anda terasa aman dan tenteram, segala keperluan boleh didapati dengan mudah. Layanan mesra kakitangan resort menambahkan keindahan percutian anda samada bersama keluarga atau yang tersayang. Pengalaman bercuti di resort ini pastinya memberikan anda sebuah pengalaman yang unik, klasik, mesra alam, sangat berbeza dan sukar diperolehi dari lain-lain destinasi pelancongan.

 

 

 
 
  UK Farming Sdn Bhd
  UK Agrotourism Sdn Bhd
  Superficient Marketing
Sdn Bhd