Senarai Pembelian
   
 Tinjauan Industri  
 
PERANAN DAN KOMITMEN SYARIKAT UK FARMING SDN BHD DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI PENTERNAKAN KAMBING JAMNAPARI DI MALAYSIA.
 
Pengenalan
Sektor pertanian telahpun dikenalpasti sebagai enjin ketiga kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan telahpun merencanakan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sebagai garis panduan ke arah penjanaan pembangunan negara yang lebih pesat. Proses transfomasi sektor pertanian bagi bahan makanan sedang pesat dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai langkah merealisasikan wawasan Kerajaan serta mencapai sasaran dan matlamat DPN3.
 
Status sektor Pertanian Negara
Salah satu cabaran semasa kepada Kerajaan ialah bagaimana untuk mengurangkan bil bahan makanan terutamanya ternakan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, jumlah bil import bahan makanan adalah RM16.554 billion setahun dan jumlah ini di jangka akan terus meningkat. Keadaan ini menyebabkan Malaysia mencatat defisit imbangan dagangan bahan makanan sebanyak RM 6.625 billion setahun. Mengikut trend import sekarang, adalah dijangka bahawa defisit dalam imbangan perdagangan bahan makanan Negara akan meningkat ke tahap RM 9.673 menjelang tahun 2010 jika tiada tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
 
Pelan tindakan imbangan perdagangan sektor makanan 2010
Kerajaan telah memutuskan supaya dipercepatkan proses perubahan sektor pertanian dalam Negara agar Malaysia berupaya menjadi antara Negara pengeluar dan pengekspot makan utama di dunia. Kejayaan pelaksanaan keputusan ini memerlukan penglibatan secara aktif oleh pihak swasta dan pemberian perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan oleh pihak Kerajaan. Kerjasama rapat antara pihak swasta dan awam penting untuk mempergiatkan sektor pertanian bagi membolehkannya menampung keperluan Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang moden dalam era K-ekonomi.
 
Strategi Utama Pelan Tindakan Imbangan Perdagangan
Pertumbuhan pengeluaran daging kambing diramal akan terus meningkat dengan kadar 6.7% setahun untuk tempoh 2006-2010 dan dijangka mencapai sebanyak 2,020 metrik tan menjelang 2010. Tumpuan kerajaan adalah kepada usaha memberi pulangan yang lebih baik kepada para pengusaha semi komersil dan komersil serta memfokuskan kepada aktiviti penggemukkan. Tiga strategi utama telah dikenalpasti dalam Pelan Tindakan BOT (Balance of Trade) iaitu:
Melalui peningkatan pengeluaran dan penggunaan produk-produk tempatan secara meluas
Meneliti semula nilai permintaan dan bekalan bagi produk-produk pertanian yang diimport dan menggantikannya dengan produk yang boleh dikeluarkan secara tempatan dan
Meningkatkan kecekapan pemasaran di pasaran antarabangsa
 
Strategi dan Perancangan Syarikat UK Farming Sdn Bhd
Selaras dengan matlamat DPN3 dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), syarikat UK Farming Sdn Bhd telah menyahut seruan YAB Perdana Menteri dan pihak Kerajaan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran ternakan kambing baka bermutu dan daging kambing bagi produksi bekalan makanan secara berterusan di dalam negara. Pendekatan dan inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ternakan kambing bermutu tinggi dan berupaya memajukan para penternak agar menjadi pengusaha dan penternak yang moden, dinamik dan berdaya saing seperti berikut:
1.
Meningkatkan pengeluaran baka dengan pembangunan ladang nukleus, merupakan elemen penting dalam struktur pembangunan industri kambing.
2. Mewujudkan ladang pembiak supaya dapat memenuhi bekalan anak kambing untuk pengemukkan dan penyebelihan.
3.
Melaksanakan konsep kontrak dalam pemberian perkhidmatan yang sempurna dan bersepadu kepada para penternakan dari segi khidmat sokongan dan nasihat, kemudahan infrastruktur, teknologi, baka ternakan, pengurusan, kesihatan, pemakanan, latihan, bimbingan ataupun pembangunan pasaran.
Perancangan diatur bagi membolehkan penternakan kambing ini menjadi sebagai enjin menjana proses mengurangkan kemiskinan penduduk di luar bandar. Penggunaan teknologi dalam penternakan dan pengurusan sistematik yang diaplikasikan di jangka dapat memacu pertumbuhan produktiviti dan produksi ternakan, mengurangkan peratus kadar kematian dan menghasilkan baka ternakan kambing yang bermutu. Antara langkah penggunaan teknologi dan pengurusan yang di lakukan oleh kami adalah:
Aplikasi sebatian "Effective Microorganism (EM)" sebagai pemangkin tumbesaran ternakan
Aplikasi teknik permanian beradas (AI) sebagai meningkatkan kadar kelahiran
Aplikasi pengurusan kandang, makanan dan ternakan secara sistematik
Aplikasi pengurusan "farm biosecurity" yang baik dan teratur
Membekalkan tinja ternakan bagi tujuan pemprosesan baja organik
Perancangan masa hadapan untuk mengaplikasikan teknik "embryo transfer (ET)" dalam menghasilkan baka bermutu
Perancangan masa hadapan untuk membekalkan placenta (uri) ternakan bagi tujuan kosmetik
 
Kesimpulan

Syarikat UK Farming Sdn Bhd telah melabur dan mengorak langkah dalam memperkenalkan baka Jamnapari bermutu tinggi dari Indonesia serta menjadi salah satu daripada pembekal utama bagi kambing baka Jamnapari tulen di Malaysia. Syarikat kami bersedia berkerjasama dengan agensi kerajaan mahupun swasta dalam pembangunan industri ternakan kambing untuk memenuhi hasrat dan sasaran kerajaan.

Secara umumnya ladang kami adalah sebuah ladang nukleus terunggul yang dapat menghasilkan ternakan kambing Jamnapari berkualiti dengan sistem pembiakbakaan yang teratur dan sistematik. Pihak kami bersedia memainkan peranan besar dalam pengeluaran ternakan kambing yang bermutu tinggi untuk pasaran dan mempertingkatkan ekonomi kumpulan rakyat termiskin di luar bandar. Pihak kami yakin sokongan dan kerjasama yang padu daripada pihak yang berkenaan akan dapat mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini.