Apakah kelebihan kambing Jamnapari
berbanding kambing Boer? |
Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang, British
Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan
adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik.
Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang
panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah
ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing
dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan
baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini
dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan
baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap
penyakit. Pihak kami lebih memelihara kambing Jamnapari
kerana melihat kepada daya tahan dan kelebihannya menyesuaikan
diri di dalam suasana kandang. |
|
Apakah umur matang kambing
Jamnapari? |
Tempoh matang bagi kambing adalah kebiasaannya seawal
7 bulan. Namun pengurusan yang baik adalah perlu bagi
memastikan ternakan dikawinkan pada sekitar umur 1 tahun
ke atas bagi betina dan 1 1/2 bagi jantan. Ini adalah
bagi mengelakkan berlaku komplikasi terhadap ternakan
ketika melahirkan anak dan anak yang di perolehi kecil
dan tidak sihat. |
|
Apakah makanan yang sesuai
untuk kambing Jamnapari? |
Makanan yang sesuai adalah sebaiknya berbentuk 70% hijau-hijauan
berupa daun-daun (leban, balik angin, mahang, petai belalang,
dll.) dan rumput-rumput (napier, guinea, dll.) samada
di beri secara terus atau di potong kecil. Melalui pemberian
daun dan rumput ianya dapat mengurangkan kos dalam penyediaan
makanan. Pemberian dedak adalah hanya sebagai tambahan
dan bukan suatu keutamaan, kerana ianya dapat meningkatkan
kos penjagaan dan menggangu dalam aliran tunai projek
ternakan. Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui
makanan berupa hijauan, di mana perolehan kandungan serat
yang mencukupi. |
|
Berapa ekor kambing yang sesuai
untuk 1 ekar tanah? |
Bagi keluasan 1 ekar tanah, untuk sistem lepas ragut
ianya hanya dapat menampung 6- 10 ekor / ekar / tahun.
Tetapi kapasiti ternakan boleh di tingkatkan sehingga
100 - 200 ekor dengan tanaman rumput " cut and carry
"sekiranya sistem intensif di praktikkan. |
|
Berapa jumlah maksimum kambing
bagi kandang bersaiz 14' x 20'? |
Kandang seluas 14' x 20' dijangka mampu menampung sekitar
15 - 20 ekor kambing pada sesuatu masa. |
|
Berapakah harga sepasang kambing
Jamnapari? |
Kambing betina baka Jamnapari
RM 1600 ( 40 kg ke atas, 12 - 30 bulan)
Kambing jantan baka Jamnapari
RM 3200 ( 70 kg ke atas, 12 - 30 bulan ) |
|
Adakah saya layak untuk menternakan
kambing Jamnapari? |
Bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama
adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan
kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu
baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan
kos. Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi
dalam ternakan, samaada untuk daging, susu atau baka.
Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman
dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan
hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan
makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai
potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak
perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya
penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara
ternakan dan menjual ternakan. |
|
Adakah pemantauan akan diberikan
kepada peserta yang membeli pakej? |
Ya, pemantauan akan diberikan kepada peserta yang membeli
pakej melalui telefon dan email. |
|
Berapakah harga anak kambing
Jamnapari? |
Harga seekor anak kambing Jamnapari berumur 2 bulan
dan ke atas adalah RM 600.00 hingga RM 1500.00 bergantung
pada saiz dan baka anak kambing itu. |
|
Bagaimana dengan bantuan modal? |
Bagi khidmat nasihat berkaitan modal penternakan, bolehlah
tuan berhubung terus dengan agensi kerajaan seperti jabatan
haiwan daerah, jabatan pertanian, MARDI, RISDA, Bank Pertanian,
Bank Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
|
|
Bagaimanakah permintaan pasaran
kambing Jamnapari? |
Untuk makluman pihak tuan,industri penternakan kini
semakin berkembang dengan penyertaan pihak kerajaan dan
swasta. Buat masa ini ramai yang menternak untuk membiakkan
kambing ini Kami menjangkakan penjualan daging akan lebih
pesat dalam 2-3 tahun akan datang selepas pembiakan kambing
berjaya. Lebih 92% daging dan ternakan kambing kini diimpot
dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New
Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara.
Buat masa ini pasarannya tidak mempunyai masalah dan
permintaan semakin meningkat untuk kambing baka Jamnapari.
Strategi pemasaran yang baik dan mengetahui sasaran
pengguna pasaran adalah penting. |
|
Bolehkah saya melawat ladang
ternakan tuan? |
Kami menjemput tuan ke ladang kami di Parit Yaani, Yong
Peng, Johor bagi sebarang perbincangan dan untuk melihat
sendiri kambing peliharaan kami. |
|
Dari mana saya hendak mendapatkan
khidmat nasihat berkaitan penternakan kambing? |
Bagi khidmat nasihat, adalah sebaiknya tuan berhubung
terus dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah kerana
pihak mereka lebih faham mengenai dasar dan prosedur penternakan.
Selain itu juga tuan boleh berhubung dengan pihak kami
untuk keterangan dan nasihat. |
|
Adakah pihak tuan bersedia
untuk membekalkan kambing ke luar Semenanjung Malaysia
dan luar Malaysia? |
Ya. Kami sedia membekalkan kambing ke lokasi anda bagi
jumlah yang minima 250 ekor sahaja. Anda hanya perlu mengetahui
prosedur kerajaan yang betul membawa masuk baka kambing
luar ke tempat anda. |